Pakatan Harapan (HARAPAN) dijangka akan mendaftarkan gabungan itu kepada ROS (Pendaftar Pertubuhan) sebelum hari raya ini.
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddin Ayub berkata, kini pihaknya sedang memperkemas Jawatan kuasa HARAPAN serta melakukan sentuhan akhir terhadap logo mereka.
Selain itu katanya, mesyuarat di peringkat akhir akan juga diadakan minggu hadapan bagi memuktamadkan segala perancangan mereka.
“Saya rasa kita cuba adakan mesyuarat ini sebelum hari raya bawa senarai Jawatankuasa dan logo. Sekarang ini kita dah ada struktur (jawatankuasa) dan sekarang kita nak polish (perkemaskan). Semua orang nak ambil bahagian dalam finishing touch diperingkat itu.
“Sebelum ini kita telah pilih satu logo, kita nak minta sikit adjustment dari segi design… dan kalau tidak ada perkara yang lain, kita akan cuba daftarkan Pakatan Harapan sebelum hari raya ini,” katanya.
Salauddin berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media di Wisma Amanah Negara, di Kuala Lumpur ketika ditanya bilakan barisan HARAPAN akan diumumkan.
Tambah bekas Anggota Parlimen Kubang Kerian itu lagi, hampir semua dalam jawatankuasa itu bersetuju dengan kedudukan yang telah dipersetujui bersama.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment