Write For Us

Tun M: HARAPAN ada 'Plan B' jika gagal daftar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
109 Views
Published
Pakatan Harapan bercadang berjumpa dengan Menteri Dalam Negeri mengenai pendaftaran gabungan itu yang masih tidak terjawab.
Menurut Pengerusi gabungan itu, Tun Dr Mahathir Mohamad setakat ini Pakatan Harapan tidak menerima sebarang berita dan bercadang berjumpa dengan Menteri (Menteri Dalam Negeri).
"Kita cadang untuk berjumpa dengan Menteri hari ini, tapi menteri tiada hari ini. Jadi tak dapat jumpalah.
"Kita sedang usahakan (untuk adakan perjumpaan) tapi kita tidak ada jawapan" kata Mahathir ketika sidang media di pejabat Parlimen Ketua Pembangkang hari ini.
Ditanya apa yang akan dilakukan oleh HARAPAN jika masih gagal untuk berjumpa dengan ROS dan keputusannya, Mahathir ada jawapannya.
"Itu plan B lah. Kita perlu tentukan struktur dan syarat-syarat plan B. Kita memang ada memikirkan Plan B," tambah Mahathir.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment