Write For Us

Jamal ketawakan himpunan HARAPAN.. gagal!

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
90 Views
Published
Pengerusi Gabungan NGO Malaysia Datuk Seri Jamal Md Yunos menyifatkan himpunan sayangi malaysia hapuskan kleptokrasi yang dianjurkan oleh Pakatan Harapan semalam gagal.
"Kenapa program yang dibuat sebegitu besar yang kita boleh katakan gagal. Kalau target 100 ribu tapi datang 4 ribu itu gagal.
"Kalau bukan saya buat sidang media ditempat yang berpolitik, saya akan ketawa sekuat hati dan bertepuk tangan" kata Jamal dalam satu sidang media di Kuala Lumpur.
Jamal menyifatkan himpunan itu gagal kerana ia menyerupai majlis yang dianjurkan UMNO dan peserta yang datang tidak menyukai idea itu.
"Kenapa gagal? kerana idea yang diberikan Tun M menyerupai UMNO.
" Saya nak nasihatkan Mat Sabu lantik saya jadi consultant nak buat event. Saya dah 25 tahun buat event.
"Dan saya yakin kalau jadi consultant event mereka semalam kalau tak 100 ribu yang datang sekurang-kurang 60 ribu yang datang" tambah Jamal lagi.
Himpunan anti kleptokrasi semalam menurut Malaysiakini dihadiri seramai 8 ribu orang manakala penganjur mendakwa dihadiri seramai 25 ribu.
Namun Polis Kuala Lumpur mensasarkan 4 ribu peserta yang hadir.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment