Write For Us

Kenapa himpunan gagal? Ini jawab Jamal

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
105 Views
Published
Kegagalan Himpunan Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi anjuran Pakatan Harapan (HARAPAN) mencapai sasaran 100,000 peserta kerana seolah-olah meniru identiti Umno.
Ketua baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata pembangkang sepatutnya mengekalkan identiti mereka berwarna kuning setiap kali perhimpunan bukannya mengenakan baju berwarna merah yang sinonim dengan himpunan anjuran Umno.
“Kegagalan mereka bukan kerana PAS dan sebagainya tapi imej yang mereka bawa itu kearah Umno dan imej yang mereka bawa macam baju merah.
“Penyokong HARAPAN ini sebati dengan baju kuning, bila penganjur tukar baju merah (penyokong kata) ini himpunan Jamal Yunus jadi mereka tak nak pakai.
“Jadi pakailah warna kuning jangan nak ciplak saya punya baju ada bendera Malaysia. Saya puji Pengerusi BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah kerana ketegasan beliau, walaupun orang lain pakai baju warna merah, dia tetap pakai baju bersih. Itulah yang penyokong mereka harapkan,” katanya.
Jamal berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Restoran Gabungan NGO 1 Malaysia di Jalan Pahang Kuala Lumpur hari ini.
Sabtu lalu Himpunan Anti-Kleptorkrasi gagal mendapat sambutan daripada ahli HARAPAN apabila kurang 5000 peserta mengambil bahagian dalam program yang diadakan di Padang Timur Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya.
Mengulas lanjut Jamal menyindir pembangkang mengadakan himpunan sekali lagi untuk mencuba nasib menarik kehadiran yang lebih ramai.
Jamal turut berkata, HARAPAN sepatutnya menetapkan identiti untuk memakai baju kuning untuk mendapatkan kehadiran yang ramai.
"Mereka boleh cuba sekali lagi, cuba dua, tiga kali lagi tapi jangan tukar identiti dan jangan ciplak baju saya," sindirnya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment