Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md mendakwa ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim gagal membantu masalah para nelayan kawasan itu yang pernah mengundinya pada PRU13 yang lalu.
Jamal, yang mengetuai rombongan sekumpulan nelayan Sekinchan ke Kedutaan Indonesia, berkata kini nelayan terbabit sudah tidak mahu mengundi ADUN DAP pada pilihan raya umum akan datang.
"Yang akan datang, YB Ng Suee Lim cari kawasan lain, nelayan-nelayan Sekinchan takkan berikan satu undi kepada anda," kata Jamal.
Terdahulu, kehadiran Jamal dan para nelayan ke Kedutaan Indonesia bagi menyerahkan memorandum bantahan terhadap penguat kuasa Indonesia kerana menceroboh perairan Malaysia dan menembak serta menunda beberapa bot miilk nelayan Sekinchan.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment