Write For Us

Jamal tegur ADUN Sekinchan isu nelayan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
135 Views
Published
Datuk Seri Jamal Md Yunos menegur ADUN DAP-Sekinchan, Ng Suee Lim secara bersemuka dengan mendakwa wakil rakyat itu tidak berbuat apa-apa terhadap nasib para nelayan di kawasan itu.
Ini susulan terjadinya isu tindakan penguat kuasa perairan Indonesia yang didakwa menahan dan menembak kapal nelayan Malaysia pada 18 Julai lalu.
Malah, bot penguat kuasa republik itu juga dikatakan memasuki perairan negara ini.
Ketua Umno Sungai Besar itu mendakwa kebajikan nelayan di Sekinchan tidak dibela seperti jeti.
"Jangan biarkan nelayan-nelayan kita ini macam nelayan-nelayan yang tidak ada kerajaan, jeti entah ke mana bantulah nelayan.
"Jangan cakap saja banyak, tapi tak buat apa-apa pun. Bantu nelayan-nelayan, YB dari Sekinchan," katanya.
Antara hadir dalam perhimpunan di Sekinchan itu termasuk anggota parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi.
Mereka dilapor berhimpun kira-kira 30 minit di jeti kawasan itu sebelum mengadakan sidang media bersama selepas itu.
Sekumpulan nelayan tempatan turut menyertai mereka.
Sementara itu, Ng memuat naik status di Facebook berkata beliau mengutuk keras tindakan itu.
“Mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak penguatkuasaan Indonesia menceroboh perairan Malaysia dan menembak bot nelayan Sekinchan.
“Dua bot telah ditangkap (ditahan) oleh mereka,” katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment