Write For Us

Hari ini hari PAS dan Umno, soal Khalid pada Pandikar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
123 Views
Published
Ahli Parlimen AMANAH-Shah Alam, Khalid Samad bangkit bertanya kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sama ada anggota parlimen akan diberi peluang membahaskan usul dibawa Abdul Hadi.
Pertanyaan itu dibuat kerana ramai anggota parlimen bangkit mencelah.
"Adakah kami akan diberi peluang membahas, atau hari ini (adalah) hari PAS dan Umno," katanya.
Bagaimanapun Pandikar berkata sekarang adalah sesi untuk ucapan menyokong usul Marang dan beliau akan menentukan waktu untuk berbahas.
Beberapa MP Umno bangkit untuk mencelah tetapi lebih kepada berucap dan memberi pandangan masing-masing.
Menyedari perkara itu Pandikar meminta mereka berhenti mencelah sambil memberikan pandangan walaupun sepatutnya mereka berdiri untuk mendapatkan penjelasan.
Ia mencetuskan kemarahan anggota parlimen pembangkang yang menjeritkan perkataan "Takut! Takut!"
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment