Write For Us

Pelawat ke sejuta Menara KL dirai pada hari jadi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
64 Views
Published
Siapa sangka sekeluarga dari Miri, Sarawak yang berkunjung buat kali pertama ke Menara Kuala Lumpur, dirai kunjungannya apabila menjadi pengunjung ke-sejuta Menara Kuala Lumpur pada Selasa 10 Disember.
Lebih manis apabila Mohamad Hakimi Man turut menerima kejutan istimewa buat hari lahirnya yang ke-44.
Beliau bercuti di ibu kota sejak 2 Disember lalu bersama isteri, Alin Harrris, 37 dan tiga anak, Nurfatin Najwa, 19, Amirul Harith Hakim, 16 dan Amirul Najmi, 13.
Katanya, Nurfatin menyambut ulangtahun kelahiran pada 4 Disember lalu dan meluahkan hasratnya untuk datang ke Menara Kuala Lumpur.
Bukan saja hasrat Nurfatin tertunai, malah mereka sekeluarga juga menerima kejutan sebagai pengunjung ke sejuta Menara Kuala Lumpur.
Pada hari kejadian, sebaik saja Hakimi sekeluarga melangkah untuk memasuki lif ke menara tinjau, pihak menara terus mengumumkan mereka adalah pengunjung ke sejuta dan mereka terus diraikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Datuk Rozlan Mohamed.
Rozlan berkata, Menara Kuala Lumpur berjaya mencapai 1 juta pengunjung lebih awal tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment