Write For Us

'Haziq banyak kali tanya saya jadual Azmin di Sandakan'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
110 Views
Published
Penyelaras Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan Blisson Zainuddin mendedahkan bahawa ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz mendesaknya beberapa kali untuk meminta butiran perjalanan dan lokasi penginapan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali ketika kempen PRK itu.

Blisson berkata, walaupun kurang senang dengan desakan Haziq, namun dia tetap ‘melayan pemintaan tersebut’ atas dasar politik dan tanggungjawab.

“Saya terlibat sebagai jentera Pakatan Harapan dalam PRK Sandakan yang lalu dan antara tanggungjawab saya ialah menyusun dan menguruskan pergerakan pemimpin PH khusunya PKR termasuklah Azmin, dan beberapa orang menteri dan timbalan menteri.

“Sepanjang kempen, saya dihubungi oleh Haziq banyak kali bertanya tentang jadual termasuk lokasi serta tempat penginapan Azmin Ali melalui panggilan telefon dan pesanan melalui Whatsapp.

“Dia (Haziq) menghantar pesanan bertanya berkenaan butiran lawatan Azmin seawal 27 April, 3,7,8 dan 10 Mei. Itu belum termasuk panggilan telefon yang turut mendesak ingin mengetahui butiran jadual, penginapan Azmin sempena PRK Sandakan,” katanya dalam sidang media di Warung Amjal, Bangsar, hari ini.

Bagaimanapun, Blisson mula berasa aneh dengan sikap Haziq apabila seminggu selepas PRK Sandakan, Haziq menghubunginya sekali lagi dan meminta supaya dia mengabaikan dan tidak mendedahkan segala komunikasi antara mereka berdua kepada umum.

Tambahnya, kenyataan Haziq semalam yang kononnya ada hubungan ‘intim’ lama dengan Azmin menambah keyakinan beliau mengenai fitnah dan perancangan jahat benar wujud.
Haziq menjadi tumpuan selepas membuat pengakuan bahawa dirinya merupakan salah seorang individu dalam klip video yang disebarkan oleh individu yang tidak dikenali.

Haziq turut mendakwa individu yang bersamanya di atas katil dalam klip video itu adalah Azmin.

Azmin sudah menafikan dakwaan berkenaan dan menyifatkan ia percubaan untuk menjatuhkan kerjaya politiknya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment