Write For Us

'Henti sebar video pusat tahfiz terbakar'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
144 Views
Published
Persatuan Psikologi Klinikal Malaysia (MSCP) meminta orang ramai tidak menyebarkan video kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, Kuala Lumpur yang berlaku, awal pagi tadi.
Dalam satu kenyataan di Facebook rasmi MSCP, Presidennya Dr Zubaidah Jamil Osman memohon orang ramai tidak menyebarkan video berkenaan.
"Saya dengan rendah hati memohon ahli ‘group’MSCP tidak menyebarkan video kejadian kebakaran kepada kumpulan lain kerana ia boleh memberi trauma dan gangguan kepada pihak yang berdepan waktu sukar kini,”.
Hal ini menurut, Dr Zubaidah kerana pihak psikologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) sedang menjalankan ‘Paychological First Aid’ (PFA) untuk mangsa yang terselamat dan keluarga terdekat.
Seramai 21 pelajar dan dua warden maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, awal pagi ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment