Write For Us

Bangunan Pusat Tahfiz belum dapat kelulusan kata Menteri

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
121 Views
Published
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar hadir ke Pusat Tahfiz Quran Ittifaqiyah bagi melihat keadaan selepas ia mengalami kebakaran yang meragut 25 nyawa.
Menurut Noh, bangunan pusat tahfiz itu belum mendapat kebenaran dari pihak bomba untuk beroperasi.
"Saya dah dimaklum pihak bomba, kita terima plan arkitek dan konsepnya terbuka. Namun demikian saya nak maklumkan dan bomba telah mengesahkan kita belum lagi beri keputusan CCC (Sijil menduduki), tapi Tahfiz ini telah beroperasi.
"Kita lihat dari segi kebenaran bomba memang belum dapat kelulusan. Sepatutnya sebelum beroperasi bomba kena datang untuk beri pengesahan sebelum diberi sijil CCC.
"Jadi oleh kerana itu bangunan ini belum mendapat kelulusan dari Bomba" kata Noh.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment