Write For Us

Ops Yaman 2 tidak dapat kelulusan Kabinet lalu

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
79 Views
Published
Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong mendedahkan bahawa kabinet tidak dimaklumkan berhubung penglibatan Malaysia dalam operasi ketenteraan membantu Pakatan Arab Saudi di Yaman.
Liew memberitahu Dewan Rakyat bahawa Malaysia sebelum ini menugaskan 42 pegawai tentera ke Riyadh, Arab Saudi pada April 2015 untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari Yaman.
Operasi berkenaan dikenali sebagai Ops Yaman 1.
Bagaimanapun, pada Jun 2015, misi itu ditukar menjadi misi logistik yang dikenali sebagai Ops Yaman 2 dengan penglibatan 94 pegawai tentera.
Ketika itu, kata Liew, Kabinet tidak dimaklumkan.
Tambah Liew, beliau difahamkan bahawa Ops Yaman 2 tidak mendapat persetujuan kabinet.
Liew membuat pendedahan kita sebagai menjawab soalan daripada Chang Lih Kang (PH-Tanjung Malim) yang meminta perincian berhubung tugas tentera Malaysia di Riyadh.
Menurut Liew, Ops Yaman 2 melibatkan operasi ketenteraan di ruang udara Arab Saudi, iaitu di luar kawasan konflik.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment