Write For Us

‘Rumah ibadat baru perlu dapat kelulusan PBT’

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
99 Views
Published
Kerajaan memutuskan sebarang pembinaan rumah ibadat baru perlu mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan mana-mana rumah ibadat tidak lagi boleh dibina di atas tanah yang bukan milik mereka.
Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, perkara itu penting bagi mengelak sebarang masalah yang timbul pada masa hadapan, terutama apabila pemilik tanah menuntut semula hak mereka.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis pimpinan tertinggi Bersatu di Kuala Lumpur, hari ini.
Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas kekocohan di sekitar kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Height, Subang Jaya sehingga hampir mencetuskan ketegangan kaum di negara ini.
Ditanya mengenai kuil yang sudah wujud sejak sekian lama pula, beliau berkata kerajaan tidak dapat berbuat apa-apa mengenai perkara itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment