Write For Us

Najib belum dimaklumkan Annuar digantung tugas, kata menteri

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
104 Views
Published
Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak belum dimaklumkan mengenai penggantungan Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusi MARA.
Ismail ditemui pemberita di ibu pejabat MARA hari ini.
Terdahulu, Majlis Amanah Rakyat (MARA) hari ini menggantung tugas pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa, berkuat kuasa serta-merta.
Turut digantung, jawatan Annuar sebagai pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB).
Dengan itu, semua tugas Annuar di agensi berkenaan kini dipangku Ahli Majlis MARA, Datuk Dr Yusof Yacob.
Difahamkan keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat tergempar yang bermula sejak jam 9 pagi tadi di Ibu Pejabat MARA, di Kuala Lumpur.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment