Write For Us

Annuar digantung tugas: Terpulang kepada menteri, kata ahli Majlis MARA

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
141 Views
Published
Penggantungan Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa daripada jawatannya masih tidak muktamad kerana ia bergantung kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yakub, demikian menurut ahli Majlis MARA, Datuk Dr Yusuf Yacob.
Dr Yusuf ditemui pemberita di ibu pejabat MARA hari ini.
Terdahulu, Majlis Amanah Rakyat (MARA) hari ini menggantung tugas pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa, berkuat kuasa serta-merta.
Turut digantung, jawatan Annuar sebagai pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB).
Difahamkan keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat tergempar yang bermula sejak jam 9 pagi tadi di Ibu Pejabat MARA, di Kuala Lumpur.
Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak belum dimaklumkan mengenai penggantungan Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusi MARA.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment