Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Sultan Selangor mempunyai kuasa mengenai sebarang kemungkinan yang berlaku jika pilihan raya mengejut diadakan dalam masa terdekat di negeri itu.
"Itu terpulang kepada Selangor. Selangor ada perlembagaan dia sendiri. Dia rujuk pada perlembagaan Selangor dan terpulang kepada Tuanku Sultan.
"Tuanku ada kuasa dia sama ada nak terima peletakan jawatan itu atau tidak. Tuanku ada hak dia. Itu perlembagaan Selangor mengikut apa yang saya faham," katanya.
Ditanya mengenai keputusan Majlis Syura Ulama yang memutuskan hubungan dengan PKR kelak, Abdul Hadi bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung kedudukan exco mereka di Selangor.
"Itu nanti berlaku dulu, baru kita boleh jawab," katanya.
Abdul Hadi berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran R2R di Jeti Marang hari ini.
Beliau mengulas pertanyaan pemberita sama ada kemungkinan Selangor mengadakan pilihan raya mengejut dalam masa terdekat.
Video sidang media dimuat naik secara langsung di Terengganukini.net di Facebook.
Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
- PAS mungkin 'untung', kata Abdul Hadi
Terdahulu, Abdul Hadi menegaskan parti itu mahu menunjukkan sikap 'pembangkang yang menasihat' kepada kerajaan pemerintah di mana hubungan kerjasama itu boleh menstabilkan negara dari aspek politik, ekonomi dan sebagainya.
Namun, kata Abdul Hadi, soal keputusan memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR diandaikannya sebagai menguntungkan.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment