Write For Us

HIGHLIGHT: Episod 3 | Ajak Oh Ijal (2019)

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
113 Views
Published
Razak memberanikan diri bertemu dengan Amani walaupun kelihatan gugup. Namun Razak yang pandai berpantun menggunakan kehebatannya untuk memulakan langkah memikat hati Amani. Amani pula membalasnya dan sejak itu Razak terus dipanah cinta!
Di rumah, kelakuan Razak seperti angau dan tidak mengambil kisah akan persaingannya dengan Rizal kerana mahu menumpukan perhatian memikat Amani. Rizal tidak tahu yang Razak sedang dilamun cinta, mula menyangka, ini adalah taktik permainan Razak yang mungkin mahu membuatkan Rizal terleka, kononnnya Razak tidak mahu lagi bermusuhan dengan Rizal.
Rizal semakin hairan apabila Razak sentiasa beralah dan Rizal mula bertanyakan kepada ibunya, Mak Jah..”Apa dah jadi dengan Abang Razak tu”. Mak Jah kata, kalau perangai macam itu, mungkin dia sedang dilamun cinta dan Mak Jah begitu yakin dengan teorinya itu. Mak Jah mahu Rizal menyiasat siapakah gadis kampung yang telah memikat hati Razak.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment