Write For Us

HIGHLIGHT: Episod 6 | Ajak Oh Ijal (2019)

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
103 Views
Published
Amani terpaksa menolak pelawaan Razak dan Rizal kerana Amani merasakan yang dia belum bersedia untuk keluar bersama Razak atau Rizal. Perniagaan Mak Jah pula semakin sibuk sebagaimana Ramadan yang terdahulu. Walaupun Razak dan Rizal masih dengan angaunya, namun mereka terpaksa membantu Mak Jah .
Pada suatu hari, Razak memberitahu Amani, dia hendak pergi ke rumah Amani dan ingin berjumpa dengan ibu bapa Amani. Amani takut niat Razak disalahertikan oleh bapanya. Razak kata, dia ikhlas untuk berkawan dengan Amani dan mahu mengenali Amani dengan lebih rapat lagi.
Amani kemudian mengingat kembali bagaimana perangai ayahnya yang akan melakukan pelbagai perkara jika teman lelaki dibawa ke rumah untuk diperkenalkan kepadanya! Setelah dipujuk rayu, akhirnya Amani bersetuju dan Razak mula berlatih seorang diri bagaimana hendak berdepan dengan ayahnya nanti.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment