Write For Us

Himpunan bantah gaji minimum minggu depan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
91 Views
Published
Satu himpunan membantah kadar gaji minimum RM1050 akan diadakan di luar bangunan Parlimen pada 17 Oktober depan.
Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arulchelvan berkata, satu memorandum turut akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pada 17 Okt juga adalah Hari Pembasmian Kemiskinan Dunia.
Setiausa Agung Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) J. Solomon dalam sidang media yang sama turut menggesa kerajaan untuk mengadakan satu dialog khas membincangkan isu berkenaan gaji minima dan mencari solusi terbaik berhubung isu ini.
Beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang tidak mahu mendedahkan hasil laporan rundingan daripada Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji Negara (JTPGN).
Selain MTUC dan PSM turut akan terlibat dalam protes itu ialah Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Selatan Semenanjung Malaysia, Persatuan Sahabat Wanita Selangor, Suaram, Organisasi Bantuan Wanita, Kumpulan Wanita Bertindak Sabah dan Sisters in Islam.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment