Write For Us

'Nak gaji minimum naik, you know what to do'

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
108 Views
Published
Perdana Menteri sementara Datuk Seri Najib Razak berkata jika ditakdirkan Barisan Nasional (BN) memperoleh kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kerajaan akan menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,000 dan RM920 sekarang kepada kadar baharu yang akan diumumkan pada tahun ini juga.
Najib berkata beliau dimaklumkan bahawa MTUC telah memperjuangkan dasar gaji minimum sejak 1998 namun, tidak diendahkan oleh pemimpin utama kerajaan ketika itu, yang membiarkan nasib pekerja sehingga ada yang bergaji serendah RM400 sebulan.
Dalam masa hanya setahun selepas mengambil alih kepimpinan negara, Najib berkata beliau sendiri telah mengumumkan pelaksanaan Dasar Gaji Minimum Kebangsaan diikuti dengan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 yang seterusnya menyaksikan gaji minimum ditetapkan RM900 bagi Semenanjung Malaysia dan RM800 untuk Sabah dan Sarawak pada 2012.
"Pada tahun lepas, kadar gaji minimum ditingkatkan lagi masing-masing sebanyak 11 peratus dan 15 peratus menjadi RM1,000 di Semenanjung dan RM920 di Sabah dan Sarawak," kata beliau.
Beliau berkata demikian semasa berucap di hadapan ribuan warga pekerja yang menghadiri sambutan Hari Pekerja 2018 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment