Write For Us

Gaji minimum sektor swasta diumum Ogos - Menteri

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
106 Views
Published
Kerajaan akan mengumumkan kadar gaji minimum baharu sektor swasta selewat-lewatnya Ogos ini selepas selesai proses semakan dan mendapat kelulusan Kabinet.
Menteri Tenaga Manusia M Kulasegaran berkata Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) akan mengadakan mesyuarat pada 13 Jun ini bagi meneliti hasil Kajian Semula Perintah Gaji Minimum 2016.
Beliau berkata Jawatankuasa Teknikal Perundangan Gaji Negara (JTPGN) telah selesai menjalankan kajian itu sebagaimana diperuntukkan dalam Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732).
Katanya mesyuarat MPGN itu juga akan mempertimbangkan syor kadar gaji minimum dan perkara lain yang berkaitan bagi menepati janji manifesto Pakatan Harapan.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis perhimpunan bulanan Kementerian Sumber Manusia, di Putrajaya hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment