Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan remaja berusia 19 tahun yang mengaku bersalah berhubung 14 tuduhan membuat komen bersifat jelek terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Pada September tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan pesalah dihantar ke sebuah pusat pemulihan akhlak di Melaka.
Hakim Datuk Mohd Soffian Abdul Razak membatalkan keputusan mahkamah sesyen yang menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas Muhammad Amirul Azwan Mohd Shakri.
Amirul akan dihantar ke sekolah Henry Gurney di Pasir Mas, Melaka sehingga beliau berusia 21 tahun.
Amirul sebelum ini mengaku bersalah terhadap 14 tuduhan menghina Tunku Ismail dengan sengaja dan dijatuhi hukuman penjara maksimum bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Seksyen 233 akta itu berkaitan penggunaan tidak wajar jaringan Internet untuk tujuan menggangu, mengugut atau menyakitkan hati pihak lain.
Undang-undang juga memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun, denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya jika disabitkan bersalah.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment