Write For Us

Rayuan bekas calon BN ditolak, Hadi kekal ahli Parlimen Marang

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
9 Views
Published
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan akhir bekas calon BN, Jasmira Othman untuk membatalkan kemenangan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang di kawasan Parlimen Marang semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan Abang Iskandar Abang Hashim sebulat suara menolak rayuan pilihan raya yang difailkan Jasmira selaku perayu.

Dua lagi hakim yang turut bersidang bersama ialah Zabariah Mohd Yusof dan Rhodzariah Bujang.

Jasmira diwakili oleh peguam Mohd Hafarizam Harun manakala Abdul Hadi selaku responden diwakili peguam Yusfarizal Yussoff.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment