Write For Us

Tiada calon lain yang mahu bertanding, Abdul Hadi dan Tuan Ibrahim kekal

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
73 Views
Published
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, mengekalkan jawatan masing-masing selepas pencalonan bagi pemilihan parti itu ditutup kira-kira tiga minggu lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Dr Mohd Fuad Mohd Salleh, berkata bagi jawatan naib presiden pula menyaksikan empat calon menawarkan diri bagi merebut tiga jawatan berkenaan.
“Bagi jawatan naib presiden, empat nama melepasi syarat untuk bertanding iaitu tiga penyandang sebelum ini, Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Datuk Iskandar Abdul Samad dengan seorang lagi calon ialah Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
“Selain itu, seramai 29 calon layak bertanding bagi 18 jawatan dalam ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, mereka ini sudah melepas tapisan dibuat dan calon juga diberi masa hingga Rabu ini bagi membuat keputusan untuk meneruskan (pertandingan) atau menarik diri,” katanya dalam sidang media Muktamar Tahunan PAS Ke-65 di sini, hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment