Write For Us

#HM2Gaza: Perhimpunan darah, air mata

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
77 Views
Published
BUNYI tembakan jelas kedengaran sebaik saja bas yang kami naiki tiba di lokasi perhimpunan Great March of Return (GMR) di satu kawasan luas berhampiran sempadan Palestin-Israel di Shamal, utara Gaza pada Jumaat.
Kawasan itu tidak ubah seperti satu tapak pesta atau karnival dengan pentas didirikan, selain beberapa khemah untuk peserta berkumpul mendengar ucapan pemimpin mereka, selain khemah-khemah kecil untuk bermalam.
Terdapat juga ruang khas yang berfungsi sebagai klinik untuk memberikan rawatan kecemasan dan dua unit ambulans turut diparkir berdekatan.
Suara ucapan lantang kedengaran bergema memenuhi ruang, dilontarkan pembesar suara yang diletakkan di beberapa penjuru, sambil sesekali nyanyian dan muzik rancak dimainkan bagi menambah suntikan semangat.
Suasana sekitar benar-benar menimbulkan keterujaan kepada kami, 41 peserta misi kemanusiaan "Miles of Smiles" yang turut dianggotai penulis bersama Presiden Muslim Care Malaysia, Zulkifli Wahijan dan Timbalannya, Johari Ismail.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment