Write For Us

Hometown Hero - Kisah Pandemik

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
55 Views
Published
Keadaan masa kini memang tidak senang untuk semua orang. Ada yang memilih untuk mengukir jalan baru untuk diri mereka sendiri, ada yang berpegang pada apa yang mereka paling tahu dan banyak yang berusaha untuk membantu orang yang kurang bernasib baik.

Tahun ini, #AAM memberi fokus kepada cerita-cerita yang memaparkan kebolehan rakyat Malaysia untuk menyesuaikan diri mengikut keadaan dan bertekad dengan ketekunan dan sifat tidak mementingkan diri sendiri.

Video ini dibuat sebagai tanda penghargaan kepada mendiang Nagalingam Nagaraju dari #MegaRestaurant yang menggunakan dugaannya sendiri dan menjadikannya peluang untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik. Bersama-sama kita boleh mewujudkan peluang baru dan membolehkan negara yang tercinta muncul lebih kuat pasca wabak. Kita bersinar mekar apabila kita saling mendukung satu sama lain. Inilah makna sebenar menjadi anak-anak Malaysia.

Tema #AnakAnakMalaysia 2021, “Disinilah Kita Bersama” bertujuan untuk mendorong dan memartabatkan rakyat Malaysia melalui cerita pengalaman yang penuh berinspirasi tentang saudara-saudari kita yang telah menempuh pelbagai cabaran dan menemui kejayaan.

Ketahui lebih lanjut di www.anakanakmalaysia.com.my
#AnakAnakMalaysia #SapotLokalMakanLokal #EcoWorld"
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
mstaronline, mstar, mega restaurant
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment