Write For Us

"Ia bukan mengenai wang"

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
105 Views
Published
Tan Cheng Hoe yang kini merupakan penolong jurulatih skuad kebangsaan mengeluarkan kenyataan di Facebook tentang perpindahannya dari pasukan Kedah ke Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Dalam kenyataan panjang lebar di Facebook rasmi beliau, Cheng Hoe mendedahkan bahawa beliau bersetuju untuk menjawat jawatan penolong jurulatih skuad kebangsaan bukan kerana duit.
Tulis beliau "Ia bukan mengenai wang. Ini kerana saya tidak mendapat banyak wang dalam FAM berbanding dengan kedah".
Tulisnya lagi "anda boleh mempunyai wang tetapi jika anda tidak mempunyai visi, jika anda tidak tahu apa yang anda lakukan, anda tidak akan boleh melaksanakannya".
Cheng Hoe juga menegaskan bahawa beliau tidak mahu bekerja dengan individu yang mempunyai kaitan dengan politik, itulah sebabnya beliau memilih bekerja bersama Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Sebelum ini TMJ menafikan bahawa Cheng Hoe diambil FAM untuk menjatuhkan Kedah yang merupakan saingan kepada pasukan Johor Darul Ta'zim.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment