Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berharap pertemuannya dengan Presiden Donald Trump dapat menunjukkan Malaysia sebagai sebuah negara penting kepada Amerika Syarikat.
Memetik Utusan Online, Najib berkata Malaysia datang sebagai sebuah negara yang sedang berkembang pesat dan bakal berada dalam kalangan 20 negara maju, bukannya datang untuk meminta wang kepada Amerika Syarikat.
"Kita datang bukan untuk meminta wang tetapi datang sebagai sebuah negara yang sedang berkembang pesat dan bakal berada dalam kalangan 20 negara maju
"Kita datang untuk beritahu bahawa kita boleh dijadikan rakan untuk memerangi keganasan dengan kita mengamalkan Islam sebenar," katanya semasa berucap pada majlis makan malam bersama pelajar dan rakyat Malaysia di AS di Kedutaan Besar Malaysia di sini.
Jelas Najib, misi lawatan itu penting untuk memberitahu Malaysia boleh menjadi rakan untuk memerangi keganasan dengan mengamalkan Islam sebenar.
Kata Najib lagi, Malaysia berharap hubungan baik dengan AS terus diperkukuhkan sebagaimana hubungan dengan rakan di Asia termasuk China, Jepun dan Asia Barat.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment