Write For Us

WSJ: Sekutu Trump minta wang dari Jho Low untuk pengaruhi DOJ

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
127 Views
Published
The Wall Street Journal (WSJ) mendakwa telah meneliti e-mel yang didakwa terdapat cubaan rakan rapat Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk berunding dengan ahli perniagaan Jho Low supaya penyiasat negara itu menggugurkan kes berkaitan 1MDB.
Menurut laporan itu, pemodal teroka dan penderma setia Republican, Elliott Broidy dan isterinya Robin Rosenzweig, seorang pengamal undang-undang, dalam draf cadangan meminta fi berjumlah RM295 juta “jika Jabatan Keadilan (DOJ) segera menggugurkan siasatannya”.
Menurut WSJ, e-mel tahun lalu itu melibatkan perbincangan untuk membentuk kontrak rundingan dengan Jho Low.
Malaysiakini tidak dapat mengesahkan sendiri laporan ini dan telah menghubungi Pejabat Perdana Menteri bagi mendapatkan reaksi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment