Write For Us

Jho Low bergerak bebas di China, dakwa wartawan WSJ

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
72 Views
Published
Pengetahuan mendalam ahli perniagaan Low Taek Jho, atau Jho Low, dalam soal urus niaga besar syarikat China mungkin membolehkannya bergerak bebas dalam negara itu, dakwa penulis buku Billion Dollar Whale Tom Wright.
Tambahan pula dengan sesetengah "orang di China" yang mempunyai kepentingan peribadi untuk tidak membiarkan Low ditahan pihak berkuasa untuk menutup maklumat tentang urus niaga itu daripada pengetahuan umum, dakwanya lagi.
"...Saya fikir dia (Jho Low) mungkin boleh bergerak bebas di China kerana dia terlibat dalam rundingan urus niaga infrastruktur ini.
"Dia tahu tentang urus niaga yang berlaku, yang didakwa kerajaan Malaysia sekarang sebagai korup - projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan urus niaga saluran gas.
"Barangkali ada orang di China yang tidak mahu dia pulang ke Malaysia dan ceritakan tentang semua yang berlaku tentang urus niaga itu," kata Wright dalam ketika wawancara hari ini.
Jho Low sebelum ini dipercayai bersembunyi di Hong Kong dan Macau sebelum dikatakan lari ke China.
Wright yang juga wartawan Wall Street Journal yang berpangkalan di Hong Kong berkata lagi, beliau "ada maklumat" tentang lokasi Jho Low di wilayah itu sehinggalah pada pertengahan Julai lalu, ketika Jho Low didakwa lari ke Macau.
"...Selepas Singapura mengeluarkan notis merah (terhadap Jho Low) pada 2016, kerajaan Hong Kong tidak berbuat apa-apa tentangnya. Polis Hong Kong tak mengambil apa-apa tindakan.
"Dan itu, saya rasa, datang dari atas - China. Kerajaan China beritahu 'jangan tangkap lelaki ini'," dakwanya lagi.
Malaysiakini tidak dapat mengesahkan dakwaan-dakwaan ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment