Write For Us

Ibrahim Ali umum hasrat tanding di Pasir Mas lagi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
109 Views
Published
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali mengumumkan akan bertanding sekali lagi di kerusi Parlimen Pasir Mas dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Ia kerana, katanya, beliau percaya sekiranya tanpa parti sekalipun, mana-mana ahli Parlimen harus bebas berbahas di parlimen.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat PERKASA hari ini.
Sebelum ini, PERKASA mengumumkan akan meletakkan 50 calon bagi bertanding dalam PRU14.
Ibrahim menamakan kumpulan itu sebagai “Calon Barisan Bebas PERKASA”.
Terdahulu, beliau mengibaratkan dirinya seperti ‘janda seksi’ berikutan beberapa parti politik sudah ‘melamarnya’ untuk bertanding melalui tiket parti masing-masing.
Beliau bertanding sebagai calon bebas di Pasir Mas pada pilihan raya 2013. Kerusi itu kini disandang oleh Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Mat.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment