Write For Us

IGP alu-alukan tawaran Hisham untuk kesan Jho Low

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
78 Views
Published
Polis mengalu-alukan tawaran bekas menteri Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk mengesan ahli perniagaan yang sedang diburu Jho Low.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Fuzi Harun, bagaimanapun berkata, walaupun polis tidak akan menghalang Hishammuddin membantu pihak berkuasa mengesan Low, beliau tidak pasti motif menteri itu di sebalik tawaran tersebut.
Pada hari Isnin, Hishammuddin menawarkan untuk mengesan Jho Low di China kerana dia mahu melihat penutupan kes 1MDB.
Diminta mengulas mengenai tawaran tersebut, Fuzi berkata: "Saya tidak tahu, saya tidak boleh memberi komen mengenai motif Hishammuddin. Mungkin ini kerana beliau ada kontaks.
"Jika dia boleh membantu, kami mengalu-alukan tawaran itu."
Fuzi bercakap demikian dalam satu sidang akhbar selepas menghadiri perhimpunan bulanan Jabatan Penguatkuasaan dan Pemeriksaan Lalu Lintas Persekutuan di ibu pejabat polis Bukit Aman.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment