Write For Us

'Ini bukan perbahasan, apa yang telah dijawab kita terima seadanya'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
92 Views
Published
Timbalan speaker Mohd Rashid Hasnon hari ini memberitahu Hannah Yeoh (DAP-Segambut) untuk tidak meneruskan soalannya kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun atas alasan sesi Dewan Rakyat bukan satu perbahasan.

Terdahulu, Hannah bertanya kepada Rina mengenai tindakan kerajaan mengatasi isu warga asing khususnya pelarian yang dihalau keluar daripada tempat tinggal dan premis perniagaan berikutan larangan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk golongan ini menyewa rumah dan menjalankan perniagaan.

Bagaimanapun Rina dilihat seperti tidak menyedari situasi itu dengan mengatakan terdapat pusat transit yang disediakan untuk pelarian.

Ahad lalu, The Malaysian Insight melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 700 orang pelarian Rohingya telah kehilangan tempat tinggal di Kuala Lumpur minggu lalu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment