Write For Us

Inilah kerajaan 'bacul', kata Tun M

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
93 Views
Published
Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kerajaan bersikap bacul apabila melambat-lambatkan kelulusan permohonan Pakatan Harapan
Mahathir berkata pihaknya tidak mahu menentang kerajaan, sebaliknya hanya mahu kerajaan berani mendaftakan Pakatan Harapan.
“Ini cara kotor, tak berani lawan lepas itu salah guna kuasa kerajaan. Dengan cara yang cukup unik. Bukan kata tak boleh didaftar cuma tak dijawab.
“Hantar surat peringatan pun tak jawab, jadi kita nak katakan ditolak tak boleh. Lulus pun tak boleh kerana tidak jawab. Tetapi buat ucapan di sana sini, tak berani nak jawab. Inilah kerajaan bacul,” katanya di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.
Pakatan Harapan masih lagi menunggu ROS meluluskan untuk menjadi gabungan rasmi namun sehingga ke hari ini masih lagi tidak jelas statusnya.
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) Datuk Surayati Ibrahim November tahun lalu berkata beliau masih tidak mempunyai sebarang “kemas kini” berhubung perkara itu ketika sidang media di Putrajaya.
Ditanya kenapa masa yang lama diambil untuk menguruskan permohonan itu, Surayati hanya menjawab: “Tiada komen”.
Pada 28 Julai lalu Pakatan HARAPAN mengemukakan permohonan secara rasmi kepada ROS untuk mendaftarkan gabungan parti pembangkang berkenaan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment