Write For Us

Insiden kecoh, peminat 'berpeluh' 3 jam nak jumpa Kareena

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
129 Views
Published
Pastikan keadaan sentiasa terkawal atau keadaan menjadi kecoh atau panas jika tersalah langkah.
Itu peringatan yang harus diambil perhatian oleh penganjur yang mengelolakan kedatangan artis terkenal, terutama dari luar negara.
Malam ini, majlis perasmian sebuah kedai jus buah-buahan Juiceco di Bangsar, Kuala Lumpur mendapat kecoh.
Puncanya ratusan peminat Kareena Kapoor menyerbu artis popular Bollywood itu menyebabkan suasana agak tenang bertukar tegang.
Pengacara pula berkali-kali menyatakan "anggota media" berkali-kali sambil meminta orang ramai mengosongkan ruang legar bagi memudahkan Kareena masuk untuk diwawancara.
Apa yang agak membingungkan ialah pada ketika tertentu wartawan yang datang untuk membuat liputan seolah-olah dipersalahkan kerana mencetuskan kekecohan sedangkan keadaan itu tidak ada kena mengena dengan petugas media.
Dianggarkan kira-kira 1,000 peminat muncul seawal pukul 4 petang dan tidak kisah berpanas semata-mata untuk melihat isteri Saif Ali Khan itu dari dekat.
Kareena akhirnya muncul kira-kira jam 7.30 malam.
Sebahagian petugas media kemudian berpeluang masuk ke kedai berkenaan untuk mewawancara pelakon Kabhi Kushi Kabhi Gham itu.
Semasa bercakap di depan peminatnya Kareena menyatakan penghargaan kepada mereka dan Malaysia.
"Saya sayang kamu, Malaysia. Setiap kali saya datang ke sini, sukar untuk meninggalkan tempat ini.
"Saya gemar datang lagi ke Malaysia kerana berasa seperti di negara sendiri.
"Terima kasih dan selalulah panggil saya datang ke sini lagi," kata Kareena.
Ini adalah lawatan ketiga Kareena - atau lebih mesra disapa Bebo - ke Malaysia.
Juiceco menyajikan lebih 200 jenis jus berperisa buah-buahan dan sayur-sayuran unik, tanpa pengawet dalam campuran, smoothie, susu kocak dan jus istimewa.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment