Write For Us

Insiden kecoh Jamal bawa van jenazah, keranda di SUK Selangor

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
232 Views
Published
Ketegangan berlaku di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di Shah Alam apabila protes pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos disambut oleh kumpulan pembencinya.
Berlaku perang mulut dan cabar mencabar, antaranya seorang individu tampil berkata rakyat sudah “muak” dengan tingkah laku Jamal dan mengherdiknya supaya tidak menggangu kerajaan Selangor.
Jamal kemudian membalas sorakan itu dan mencabar individu itu untuk berdepan secara perseorangan.
Dalam protes itu, Jamal turut membuat gimik baru membawa kereta jenazah dan keranda.
Jamal yang juga Pengerusi Umno Bahagian Sungai Besar hari ini hadir dihadapan pintu masuk SUK dengan berpakaian seorang penggali kubur dengan menaiki van jenazah dengan diiringi 15 lagi van jenazah lain.
Van jenazah itu juga disertakan bersama keranda dan beberapa batang cangkul.
Sebaik tiba di pintu masuk bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Jamal keluar dari van jenazah dan mengeluarkan keranda yang dibawanya serta mendakwa dalam keranda itu ada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment