Write For Us

Jamal perjelas tujuan demo keranda mayat untuk Azmin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
150 Views
Published
Datuk Seri Jamal Md Yunos mendakwa kehadirannya hari ini adalah bagi menuntut penjelasan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung skandal penyelewengan dana peruntukan Skim Mesra Usia Emas dan wang khairat kematian negeri Selangor berjumlah RM200 juta.
Kata Jamal, berdasarkan maklumat yang diperolehi terdapat beberapa keraguan dalam penggunaan dan penyaluran wang peruntukan terbabit yang dilakukan oleh wakil rakyat dan penyelaras Dewan Undangan Selangor (DUN) dan Wilayah Persekutuan.
Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar hari ini hadir dihadapan pintu masuk SUK dengan berpakaian seorang penggali kubur dengan menaiki van jenazah dengan diiringi 15 lagi van jenazah lain.
Van jenazah itu juga disertakan bersama keranda dan beberapa batang cangkul.
Sebaik tiba di pintu masuk bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Jamal keluar dari van jenazah dan mengeluarkan keranda yang dibawanya serta mendakwa dalam keranda itu ada Azmin.
Terdahulu, ketegangan berlaku di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di Shah Alam apabila protes pemimpin Baju Merah itu disambut oleh kumpulan pembencinya.
Berlaku perang mulut dan cabar mencabar, antaranya seorang individu tampil berkata rakyat sudah “muak” dengan tingkah laku Jamal dan mengherdiknya supaya tidak menggangu kerajaan Selangor.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment