Write For Us

Azmin perjelas sokongannya kepada Mahathir

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
71 Views
Published
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali berkata bukan hasratnya untuk menyinggung hati sesiapa apabila menyuarakan sokongannya secara terbuka kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad supaya terus menerajui negara sehingga habis penggal ini.
Sebaliknya kata Timbalan Presiden PKR itu, beliau menyokong pendirian pembangkang mengenai perkara itu bagi memastikan kestabilan dalam negara.
"Lapan puluh peratus ucapan saya (sebelum ini) adalah mengenai ekonomi, kestabilan politik, pelaburan, peluang pekerjaan dan pembangunan industri.
"Inilah sebabnya penting bagi PM untuk meneruskan perkhidmatan beliau sehingga habis penggal, demi kestabilan dan ketekalan.
"Saya tidak bermaksud untuk menyinggung hati mana-mana individu dengan kenyataan ini," katanya kepada pemberita di Pulau Pinang petang ini.
Pada 29 Julai lalu, Azmin berkata Mahathir perlu diberi peluang memimpin hingga ke akhir penggal bagi menjamin kestabilan, kesinambungan dan ketuntasan dasar-dasar kerajaan.
Beliau berkata demikian bagi mengalu-alukan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang menegaskan pendirian parti itu dan sekutunya Umno terhadap Mahathir.
“Pendirian tersebut adalah seiring pandangan yang pernah saya lontarkan supaya usaha mengembalikan kegemilangan negara dapat direalisasikan dengan segera,” kata Azmin dalam satu kenyataan
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment