Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan kenyataannya berhubung warkah dari penjara oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan isu kerjasama dengan PAS.
"Orang tanya saya, semua dah baca surat Anwar.
"Surat itu timbulkan soalan lain. Ini boleh diselsaikan oleh kita" kata Tun Mahathir di Istana Kehakiman selepas hadir mendengar perbicaraan Siasatan Suruhanjaya DiRaja berkenaan kerugian mata wang asing Bank Negara.
- Azmin tegur Mahathir
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataannya menegur Mahathir berkenaan surat terbabit.
“Saya nak ingatkan Tun Dr Mahathir (Mohamad), Anwar Ibrahim adalah ketua umum kepada Pakatan Harapan.
“Beliau bukan sekadar ketua umum PKR.” kata Azmin yang juga adalah timbalan presiden PKR dan juga HARAPAN selepas melancarkan Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa 2017 di Setia Alam hari ini.
“Sebagai ketua umum (HARAPAN) beliau (Anwar) juga berhak beri cadangan,” kata Azmin ketika mengulas kenyataan Dr Mahathir semalam bahawa surat daripada Anwar menyebabkan masalah kepada gabungan itu kerana ia memberi lampu hijau kepada PKR terus berhubung dengan PAS.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment