Write For Us

Azmin jawab menteri isu Splash

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
102 Views
Published
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya masih belum menerima laporan daripada penilai bebas yang dilantik kerajaan berhubung proses pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash).
Azmin berkata, perkara itu telah dibawa ke Parlimen pada sesi sebelum ini namun sebarang maklumat masih belum diterima kerajaan negeri.
Justeru, kata Azmin yang juga adalah timbalan presiden PKR, pihak kerajaan negeri memerlukan laporan daripada penilai berkenaan sebelum sebarang nilai dikemukakan.
- 'Saya hairan kenapa Azmin takut ikut langkah Khalid tetapkan harga'
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau yang mahu membantu kerajaan negeri mengambil alih syarikat konsesi air Splash jika Azmin menetapkan harga belian.
Ini kerana, kata Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, Azmin tidak mempunyai tulang belakang untuk berbuat demikian.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment