Write For Us

Ambil alih SPLASH dilanjut 6 bulan lagi - Azmin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
103 Views
Published
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjelaskan pengambilalihan konsesi membabitkan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dilanjutkan enam bulan lagi.
Kata Azmin, ini kerana permintaan kerajaan Persekutuan yang masih belum mendapat keputusan penilai bebas antarabangsa.
Menurut Azmin, keputusan secara bertulis itu diterima kerajaan negeri pada 14 Mac lalu dan akan memaklumkan perkiraan lanjutan itu sehingga 5 Oktober depan.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan ADUN Bukit Gasing, R Rajiv di sidang DUN Selangor hari ini.
Azmin berkata, Air Selangor menanggung RM3.7 bilion menerusi kos operasi kadar bayaran pukal air dan bayaran tetap bulanan kepada SPLASH sehingga 31 Disember 2016.
Jelasnya, kerajaan Selangor menggesa kerajaan Persekutuan supaya pengambilalihan itu dapat dimuktamadkan segera demi menjamin ketelusan dan keterbukaan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment