Write For Us

SPR mungkin ambil alih kuasa ROS daftar parti politik

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
122 Views
Published
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan direformasikan bakal menyaksikan Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak lagi bertanggungjawab mendaftarkan parti-parti politik.
Bagi mencapai sasaran itu, agenda Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya (ERC) akan memasukkan kemungkinan meletakkan kuasa mendaftar parti-parti politik di bawah SPR dan memberikan akses terhadap kertas undi kepada calon dan parti yang bertanding.
Ditanya jika ini bermakna mengambil alih tanggungjawab daripada ROS, Pengerusi ERC, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menjawab: "Kami sedang meneliti hal itu."
Ini adalah antara 15 pembaharuan yang dibincangkan oleh ERC termasuk menggariskan rangka kerja undang-undang untuk menubuhkan "badan pengurusan pilihan raya" yang mungkin (atau tidak akan) menggantikan SPR.
ROS telah dituduh sebagai alat politik oleh kerajaan BN sebelum ini.
Pengkritik telah menyebut kejdian seperti ancaman ROS untuk membatalkan pendaftaran Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kerana tidak mematuhi perlembagaan parti, kelewatan mendaftarkan Pakatan Harapan sebagai gabungan dan meluluskan penangguhan pemilihan Umno sebanyak dua kali.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment