Write For Us

Dr M jawab teguran TMJ

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
106 Views
Published
Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui bahawa kritikan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadap pembangkang terutamanya mengenai beliau memberi kesan kepada hasrat pakatan Harapan untuk
menawan Johor.
"Anda dah lihat dalam media sosial. Itulah komen rakyat. Saya pun rakyat juga tapi saya taknak komen.
"Kritikan itu berkesan (menjejaskan pakatan harapan). Berkesan menjadikan Pakatan Harapan lebih popular," kata Mahathir ringkas selepas majlis mengumpul dana sempena PRU14 di sebuah hotel Kuala Lumpur.
Semalam satu catatan panjang di Facebook JDT semalam, Tunku Ismail dilihat mengkritik pemimpin pembangkang tanpa menamakan sesiapa yang dipercayai merujuk kepada Mahathir.
Dalam catatan di Facebook itu, Tunku Ismail mengatakan bahawa dia percaya jika kapal ini telah berjalan dengan baik selama berpuluh tahun dan mempunyai masalah oleh kerana nakhodanya yang bermasalah, tidak perlu tukar kepada enjin yang baharu dan duduk di dalam kapal yang sama, dan membimbing nakhoda tersebut dan beritahu ke mana kita mahu pergi.
Antara lain catatannya bertulis, "Rakyat jangan mudah tertipu dengan individu lidah bercabang dua seperti ular. Buat masa ini individu tersebut bukan ingin selamatkan negara tetapi apa yang dia sedang lakukan sekarang adalah kerana takut apa akan terjadi kepada anak-anaknya pada masa akan datang.
"Sedangkan orang yang paling kaya di dalam dunia pun belum pasti mampu untuk melahirkan tiga orang anak yang ‘billionaire’. Nasihat saya kepada rakyat Johor, jikalau kita tidak suka sesuatu dengan kerajaan, laungkan suara kita untuk pastikan mereka tahu apa yang kita inginkan.
"Sekarang ini, di dalam negara situasi politik agak berkucar-kacir. Tetapi ia tidak semestinya adalah pengakhiran dunia (kiamat). Inilah masanya untuk ‘restore the order’ dan melaksanakannya kepada sistem yang telah dirosakkan oleh individu yang berumur 93 tahun ingin menjadi Perdana Menteri sekarang ini," seperti yang dipetik dalam catatan Tuaku Ismail.
(Pautan ke catatan Tunku Ismail)
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment