Write For Us

'Teguran Sultan Selangor memang sesuai sekali'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
111 Views
Published
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar menyifatkan teguran Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap tindakan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa, yang didakwa memberi ceramah berkaitan politik di Masjid An Nur Kampung Melayu Subang dekat Klang Rabu lalu, amat sesuai.
Ini kerana, kata Noh, masjid tidak sepatutnya digunakan ruang politik apatah lagi dalam bulan puasa.
"Arahan Sultan Selangor bukan perkara baru, dah lama.
"Satu ketika dulu, arahan ditampal di masjid-masjid supaya masjid tidak digunakan ruang politik apatah lagi dalam bulan puasa.
"Teguran oleh pihak Istana memang sesuai sekali," katanya dalam sidang media hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment