Write For Us

Azmin tegur Mahathir

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
120 Views
Published
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang meringkuk dalam penjara mempunyai hak untuk menasihatkan Pakatan Harapan, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
“Saya nak ingatkan Tun Dr Mahathir (Mohamad), Anwar Ibrahim adalah ketua umum kepada Pakatan Harapan.
“Beliau bukan sekadar ketua umum PKR.” kata Azmin yang juga adalah timbalan presiden PKR dan juga HARAPAN selepas melancarkan Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa 2017 di Setia Alam hari ini.
“Sebagai ketua umum (HARAPAN) beliau (Anwar) juga berhak beri cadangan,” kata Azmin ketika mengulas kenyataan Dr Mahathir semalam bahawa surat daripada Anwar menyebabkan masalah kepada gabungan itu kerana ia memberi lampu hijau kepada PKR terus berhubung dengan PAS.
Mahathir, selaku pengerusi HARAPAN, juga mengulangi bahawa gabungan pembangkang itu telah meletakkan tanda noktah terhadap rundingan dengan PAS dan bersedia menghadapi pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum akan datang.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment