Write For Us

Azmin tegur Hadi, tak wajar sindir logo PKR

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
127 Views
Published
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membidas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyindir Pakatan Harapan (HARAPAN) yang menggunakan logo PKR berupa 'mata' pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
Kata Mohamed Azmin, Abdul Hadi tidak perlu menyinggung logo parti itu hanya kerana mahu menutup kelemahan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Razak.
- Hadi sindir logo 'mata' PKR
Ketika berucap di majlis Pengisytiharan Calon PAS Kelantan PRU14 di Kota Bharu, kelmarin, Abdul Hadi menyindir logo PKR merujuk kepada insiden 'mata lebam' pada 1998 yang menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim dipukul sehingga matanya lebam di era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Insiden itu, kata Abdul Hadi, seperti plot cerita Tamil yang tidak masuk akal.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment