Write For Us

'Insya-Allah, saya tidak akan jadi pembangkang semula'- Mat Sabu

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
12 Views
Published
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menjelaskan mustahil untuk mana-mana negara, termasuk Malaysia mencapai 100 peratus kadar sara diri (SSR).

Ini adalah kerana sesetengah komoditi tidak dapat dihasilkan secara domestik atas beberapa faktor, termasuk tidak ekonomik, perbezaan iklim dan kekangan sumber tanah.

Menjawab pula soalan tambahan daripada Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (PN-Tanjong Karang) sama ada kementerian bersedia menambah keluasan sawah padi negara dari hanya kurang 50,000 hektar kepada satu juta hektar dalam masa lima tahun pula, menurut Mohamad, beberapa kawasan baharu sawah padi sedang diusahakan, antaranya di Pahang, Sabah dan Sarawak.

Usaha itu bukan saja membabitkan kementerian tetapi juga agensi kerajaan lain, selain menggalakkan pihak swasta turut serta dan berunding untuk mendapatkan bekalan dari luar jika berlaku sesuatu di luar jangkaan.

Sumber video: https://www.youtube.com/watch?v=GXwYPzPAXQw
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment