Tidak mahu memanjangkan lagi isu anaknya berkahwin dua, pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam mengambil langkah berdiam diri.
Khabar angin mendakwa Ira Kazar kini sedang hamil. Bagaimanapun, Yusof berkata dia tidak tahu dan enggan mengulas mengenai dakwaan tersebut.
“Dia hamil atau tidak saya tak tahu. Saya tak nak komen. Saya tidak mahu lagi komen tentang Syamsul. Cukup-cukuplah. Banyak hati yang perlu dijaga. Isteri saya pun masih dalam keadaan sedih.
“Dia juga pesan agar tidak bercakap banyak kerana tahu wartawan akan mengejar saya hari ini (Isnin),” katanya.
Dalam pada itu, Yusof berkata dia tidak pernah mengelak bertemu dengan media serta akan cuba menjawab segala persoalan jika ditanya.
“Sebagai orang seni, saya kena jawab apabila ditanya. Menjadi sasaran di media sosial juga adalah satu perkara yang pelru saya sedia daripada awal.
“Saya kena hormat kerja wartawan yang menjalankan tugas. Kalau ditanya saya akan cuba jawab sebaik mungkin,” katanya.
Sementara itu, Yusof enggan mengulas sama ada Syamsul sudah bertemu dengannya dan isteri, namun dia sentiasa menyokong kerjaya Syamsul.
“Saya tak nak cakap Syamsul balik rumah atau tidak. Saya sentiasa doakan untuk Syamsul, Puteri Sarah dan dua cucu saya.
“Saya tahu Syamsul pun tengah tertekan sekarang. Saya tetap sayang dia. Walau sebelum ini kata-kata saya macam marah, tapi itu hanya di mulut sahaja. Hati tetap sayang. Soal apa yang berlaku di masa akan datang, biarlah Allah tentukan,” katanya.
IRA KAZAR HAMIL, IRA KAZAR MENGANDUNG, SYAMSUL YUSUF KAHWIN, PUTERI SARAH LIYANA, IRA KAZAR HOSPITAL, SYAMSUL YUSUF TERTEKAN, GOSIP SYAMSUL YUSUF, YUSUF HASLAM, KAZAR MENANTU, TRENDING SYAMSUL YUSUF,

Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment