Bermula sebagai pelakon tambahan dalam filem Laksamana Do Re Mi arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee pada 1972, Yusof terus mencipta nama sebagai antara pelakon popular tanah air.
Pada 1991, Yusof mula mengorak langkah sebagai pengarah dan penerbit filem bersama syarikatnya Skop Productions Sdn Bhd.
Filem-filem arahan dan terbitannya mencetus fenomena seperti Sembilu, Sembilu II, Maria Mariana dan Gerak Khas The Movie.
Ini termasuk filem-filem terbitannya dan diarahkan dua anaknya iaitu Syamsul dan Syafiq yang turut mencatat kutipan tertinggi.
Bagaimanapun, kontroversi Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28) baru-baru ini turut memalitkan nama Yusof.
Beliau yang juga Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) didakwa menggunakan pengaruhnya untuk kepentingan peribadi dengan melayakkan filem terbitannya Munafik dan Mat Moto untuk dicalonkan dalam kategori Filem Terbaik Nasional FFM28.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment