Write For Us

Iris | Menantu Bilal | Episod 7

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
122 Views
Published
Tonton episod penuh di :
Memaparkan kerenah tiga menantu iaitu Marlisa dari Negeri
Sembilan, Normala (Pulau Pinang) dan Norain (Terengganu) yang
masing-masing cuba memenangi hati mentua dengan pendekatan
tersendiri.
Bilal Brahim dan Mak Esah adalah orang yang disegani dan menjadi
tempat penduduk kampung mengadu serta mendapat nasihat. Daripada
masalah ayam itik hinggalah masalah bercerai-berai. Semuanya
berjaya diselesaikan mereka.
Pasangan ini mempunyai tiga anak lelaki iaitu Rahim, Rahman yang
tinggal di Kuala Lumpur, manakala Rashid tinggal bersama mereka.
Ketiga-tiga mereka mengambil keputusan berkahwin serentak dengan
pasangan masing-masing yang berasal dari tiga negeri berlainan.
Keadaan menjadi kecoh apabila buat pertama kali mereka menyambut
Ramadan dan mengadakan persediaan Aidilfitri.
Menantu ini bersaing bagi mengambil hati Lebai Brahim dan Mak
Esah antaranya berebut-rebut memasak walaupun ada di antara
mereka tidak tahu memasak dan terpaksa mempelajarinya melalui
buku resipi dan pelbagai hal lagi.
Selain isu itu, pasangan ini turut berdepan masalah membabitkan
penduduk kampung seperti soal pertentangan idea dalam membuat
keputusan mengenai imam jemputan untuk solat terawih, moreh,
khatam al-Quran dan soal berapa rakaat solat Tarawih yang patut
dilakukan.
Tidak ketinggalan mereka juga berdepan masalah sikap penjual yang
tidak mematuhi syarat berjualan ketika Ramadan, masalah mercun
dan meriam sehinggalah ke soal penduduk yang makin berkurangan
mengerjakan solat Tarawih.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment